Sunday, March 15, 2009

Kaedah Perubatan Cina

Ilustrasi herba yang digunakan
Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta.

Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.

Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi.

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya.Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan.Akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.
Antara seni perubatan cina yang terkenal sehingga hari ini adalah melalui kaedah akupuntur yang dikatakan dapat merawati pelbagai jenis penyakit.Berikut merupakan gambaran perubatan akupuntur ini dilakukan.









No comments:

Post a Comment