Saturday, March 14, 2009

Perubatan Tradisi


Herbal yang terkenal sekali dalam masyarakat Cina ini adalah cendawan ataupun Lingzhi dalam bahasanya ataupun Ganoderma dalam bahasa sainsnya. Seperti yang diketahui kebanyakan cendawan atau kulat ini adalah beracun tetapi tidak semuanya merbahaya di mana ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Cendawan ini bukan sahaja dipercayai bukan sahaja pada masyarakat cina tetapi semua golongan masyarakat di dunia ini. Cendawan adalah suatu tumbuhan yang dapat mengubati berbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, lelah, luka-luka dan sebagainya. Pada zaman dahulu di negara China iaitu pada zaman Maharaja Chi Wan Ti cendawan ini adalah makanan bagi keluarga di raja sahaja. Rakyat biasa tidak dibenarkan memakan cendawan ini. Cendawan ini dijaga oleh pihak tentera supaya tidak diceroboh. Dipercayai juga cendawan tadi boleh memanjangkan umur seseorang itu kerana itulah raja-raja di zaman dahulu di negara China dapat hidup dengan lama. Ini adalah kerana cendawan tadi merupakan pemakanan mereka. Mereka percaya bahawa kandungan cendawan tadi boleh mengubati berbagai-bagai jenis penyakit dan kaedah saintifik juga telah membuktikannya pada zaman ini. Cendawan-cendawan telah di tanam dengan kaedah yang saintifik untuk di jual sebagai pemakanan untuk kesihatan dengan harga yang tinggi. Banyak negara telah menanam cendawan ini untuk dihasilkan sebagai satu pemakanan untuk kesihatan dan untuk dijual contohnya seperti di Taiwan dan Malaysia sendiri.


No comments:

Post a Comment