Sunday, March 15, 2009

Kelebihan Yoga


Manfaat Yoga kepada

Fizikal

Menjadikan tubuh lebih kuat dan fleksibel. Memperbaiki sistem respirasi, tenaga dan ketahanan badan. Membantu mengawal metabolisme yang seimbang dan mendorong sistem imunisasi.
Mengurangkan lemak.
Meningkatkan perkembangan otot, keanjalan, daya tenaga dan stamina.
Memantapkan kesihatan kardiologi dan peredaran darah. Mengurangkan kesakitan.

Mental

Menenangkan fikiran untuk menghadapi situasi tegang dengan lebih tenang. Meningkatkan keyakinan diri dan bersikap lebih penyabar.
Meningkatkan tumpuan dan kreativiti. Melatih bagaimana untuk 'mengosongkan' minda dan fokuskan tenaga anda kepada sesuatu yang hendak dilakukan.
Menggalakkan pemikiran positif dan penerimaan diri.
Membentuk kesedaran dalam diri mengenai tubuh badan, perasaan, dunia di sekeliling serta keperluan orang lain.

Mewujudkan kebergantungan antara minda, tubuh badan dan rohani.
Membantu anda untuk hidup dengan konsep 'kesatuan'.

Yoga bersifat universal, sesiapa sahaja boleh melakukannya tidak kira peringkat umur, bangsa dan agama.

Yoga merupakan teknik ‘self-healing’ terbaik yang berbentuk meditasi (renungan), memberi keharmonian jiwa secara semulajadi daripada rasa tertekan (stress) serta dapat mengawal dan membantu menghilangkan pelbagai penyakit berbahaya.


Nota:
Walaupun anda mula membuat senaman Yoga, semua orang diminta meneruskan perkhidmatan hospital dan berjumpa dengan pakar doktor untuk pengambilan ubat sehingga pakar doktor tersebut memberi nasihat tertentu. Yoga adalah cara alternatif dan untuk keselamatan, kini ubat modern mesti dipatuhi sehingga nasihat doktor.


“Cuma 30 minit sehari bagi meningkatkan 100% kesihatan anda HEBAT dan BERKESAN”Pelajari kaedah berkesan untuk kesihatan anda bagi mengamalkan cara hidup sihat dari keselesaan rumah


Kelebihan Yoga Dan Amalannya Yang Anda Tidak Tahu:-

Sentiasa kelihatan muda. Kedutan pada wajah akan berkurangan kerana tiada tekanan yang sering kali difikirkan. Ia menjelmakan kulit wajah lebih sihat lagi beseri.

Keseimbangan badan. Mengamalkan ‘rehat minda’ ini boleh memberi ketenangan serta mengimbangi badan.

Meluaskan ilmu pengetahuan dan kekayaan. Dengan mental yang tidak terganggu, ilmu dapat diterapkan dengan lebih pantas dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kemajuan personaliti dan sifat sosial. Badan yang sihat mencerminkan personaliti yang menawan. Dengan ini anda mempunyai keyakinan diri yang kental jika berhadapan dengan klien, menggunakan komunikasi yang baik.

Memberi kepuasan. Yoga dapat memberi ketenangan serta tenaga kepada daya fikiran juga fizikal. Ianya berbaloi sekali dengan memperuntukkan sedikit masa untuk mengamalkannya.

Menambahkan tenaga! Jiwa serta fikiran yang tenang dapat meningkatkan tenaga untuk bekerja mahupun belajar sekiranya anda berjaya melakukan senaman yoga dengan jayanya.

Membantu memperbaiki kekuatan tenaga seksual. Keletihan pasti membimbangkan pasangan anda. Dengan amalan yoga ini, masalah ini dapat dicegah kerana banyak tenaga dapat dibekalkan dengan keadaan diri sihat dan tenang.

Mengurangkan berat badan bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Yoga juga adalah suatu alternatif untuk mengurangkan berat badan dan tampil langsing lagi menawan.

Tahukah anda???

Senaman Yoga penting untuk penderita diabetes- bagi penderita diabetes, senaman lebih sekadar cara untuk meringankan stres dan kekal cergas tetapi ia sebagai penyelamat hidup. Menurut kajian dalam Journal Of The American Medical Association, senaman boleh membantu melarutkan pembekuan darah lebih mudah, gula darah akan mudah turun,membantu mengawal berat badan dan mengawal makanan serta insulin untuk menjaga gula darah agar stabil. Namun begitu, mintalah nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman. Penderita diabetes perlu berhati-hati ketika melakukan senaman, jangan lakukan senaman yang terlalu berat kerana ia boleh menyebabkan “hypoglycemia” atau rendahnya gula darah yang berbahaya.

Senaman Yoga baik untuk tulang- bersenam adalah lebih baik berbanding pengambilan kalsium dalam pembentukan tulang yang sihat dan kuat kerana aktiviti fizikal lebih penting berbanding minum susu untuk mengelakkan penyakit tulang osteoporosis, oleh Tom Llyod, PHD epidemologis di Penn Satate Universiti College Of Medicine.

Aktiviti kecergasan Yoga bantu jantung kendalikan STRES- rutin kecergasan seperti senaman yoga bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malahan membantu mempertingkatkan tindakbalas kardiovaskular terhadap tekanan yang dialami oleh mental manusia. Rasa tertekan yang mampu dikawal dan dikurangkan oleh tubuh turut mengurangkan risiko diserang sakit jantung.

Senaman kurangkan STRES di pejabat- tahukah anda dalam kesibukan bekerja anda masih boleh melakukan senaman? Selain mampu menyihatkan badan, senaman juga mampu mengurangkan tekanan ketika bekerja.

Senaman Yoga bantu baiki koordinasi tubuh, senaman yoga dapat membantu mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki kordinasi tubuh.

Senaman Yoga bantu rangsang minda, hasil meditasi dari senaman yoga ia dapat membantu melancarkan aliran darah ke otak di samping menstimulasikan bahagian otak yang berfungsi untuk mengaturkan kordinasi gerak dan berfikir untuk manusia. Ertinya, anda akan mampu berfikir lebih tajam dan pantas.

Senaman Yoga merangsang tubuh mengubati penyakit secara semula jadi, didalam tubuh kita mempunyai enzim-enzim yang mampu mengubati penyakit yang dihadapi oleh tubuh secara semulajadi dengan merangsang tubuh melalui senaman yoga.





2 comments:

  1. yoga haram disisi agama islam...di malaysia ianya telah diharamkan bg umat muslimin kerana ada unsur2 penyatuan dengan tuhan...

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya pengamal yoga dan memang saya akui keberkesanannya biarpun saya masih deperingkat permulaan. Apa yang diharamkan oleh ulama adalah yoga pada peringkat ketiga...
    iaitu ada kepercayaan kepada kuasa lain...
    Saya rasa tidak salah untuk mempraktikkan ilmu daripada budaya lain selagi ianya tidak bercanggah dan menganggu gugat tauhid (monotheism)iaitu kepercayaan pada Allah S.W.T yang Maha esa.

    ReplyDelete