Monday, March 30, 2009

Petua orang tua-tua

Sebenarnya untuk kelihatan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal. Kecantikan bukan sahaja khusus untuk wanita malahan kaum Adam juga perlu menitik beratkan soal ini kerana kecantikan juga merupakan sebahagian daripada aspek penjagaan kesihatan diri.Sejak turun temurun banyak petua yang diamalkan oleh generasi terdahulu untuk cantik dan manis dipandang. Segala yang ada di sekeliling kita ada gunanya. Tumbuh-tumbuhan dan bahan asli banyak menafaatnya. Antara beberapa petua yang penting untuk kecantikan ialah:
1. Menghilangkan jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih.
2. Melebatkan kening
Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang daunnya. Lakukan selama seminggu.
3. Mulut berbau
Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. Tapi airnya dan dijadikan kumuran setiap pagi dan malam.
4. Badan kurus ingin gempal
Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh.
5. Menghilangkan bau ketiak
Makan putik limau kasturi pada waktu pagi, tengahari dan malam, amalkan selama 7 hari dan boleh dijadikan amalan harian.

Ingatlah bahawa kecantikan adalah hak milik setiap insan...

No comments:

Post a Comment