Sunday, March 29, 2009

Khasiat Teratai...


Seperti yang kita semua sedia maklum, teratai bukan sahaja cantik di mata tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.Berikut adalah beberapa cara atau petua untuk merawat masalah-masalah tersebut.
1) Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.
2) Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.
3) Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.
4) Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.
Diharapkan dengan petua tersebut dapatlah dimanfaatkan bersama.

No comments:

Post a Comment