Monday, March 30, 2009




HOMEOPATI-->satu rawatan alternatif


PENGENALAN


Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu " homoios" dan "pathos". Homoios bererti 'serupa' atau 'seumpama' . 'Serupa' merujuk kepada tanda - tanda atau simptom. Maksudnya ialah jika sekiranya seseorang itu mengalami tanda - tanda penyakit seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan atau menghilangkan penyakit tersebut. Sementara pathos membawa maksud 'penderitaan' , 'perasaan' atau 'penyakit'. Dengan itu , homeopati merujuk kepada cara "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa "atau" Law of similars".



KONSEP PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA HOMEOPATI


Homeopati adalah satu sistem perubatan yang membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang dan bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Prinsip asas perubatan homeopati ialah bersandarkan konsep 'persamaan' ataupun Law of Similars yang juga merupakan maksud bagi perkataan homeopati iaitu homois dalam bahasa Yunani.


Konsep ini bermaksud penawar homeopati yang diberikan kepada pesakit ialah benda yang sama yang mampu menghasilkan gejala penyakit tersebut. Teori persamaan ini diasaskan oleh Hippocrates , seorang pengamal perubatan Greek yang juga digelar sebagai Bapa Perubatan. Melalui ilmu perubatan Hippocrates, Hahnemann(seorang doktor Jerman )akhirnya mengambil konsep ini sebagai intipati perubatan homeopati dengan mentakrifkan persamaan sebagai 'Let likes be cured by likes' yang bermaksud ' Yang sama menyembuhkan yang sama'. Sebagai contoh ,kuinin berkesan mengubati malaria, tetapi jika diberikan kuinin kepada orang yang sihat, ia boleh menyebabkan individu itu mendapat simptom malaria.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Hahnemann, beliau menemui konsep pemberian ubat dalam dos yang paling minimum dan hanya sejenis ubat diberikan dalam tempoh satu masa supaya sistem dalam badan pesakit tidak terlalu kompleks dalam tempoh itu. Beliau percaya, ubat sepatutnya digunakan secara halus dan lembut bagi merangsangkan pemulihan secara semulajadi tanpa membangkitkan kesan sampingan yang berbahaya dan seterusnya menyebabkan kecederaan lain yang lebih parah. Dalam perubatan home opati , diagnosis atau nama penyakit tidaklah begitu penting tetapi diri pesakit itu lebih penting kerana dipe rcayai apabila seseorang itu sakit, ia disebabkan kuasa hayat atau fitrahnya yang terganggu. Akibat gangguan itu, maka lahirlah pelbagai simptom s ama ada mental, emosi atau fizikal. Ini berbeza dalam rawatan alopati di mana rawatan diberikan berasakan pengenalan penyakit. Oleh itu seorang doktor alopati lebih teliti dalam aspek pemeriksaan seperti ujian makmal atau x-ray bagi tujuan memastikan masalah sakit dan puncanya seperti yang diadukan pesakit. Justeru itu, dalam homeopati penawar yang diberi berdasarkan keadaan pesakit secara keseluruhan. Ia bukanlah suatu keanehan jika dua pesakit yang mempunyai sakit yang sama tetapi diberi dua penawar yang berbeza. Inilah yang membezakan antara rawatan homeopati dengan rawatan lain yang menyediakan ubat untuk membunuh kuman penyakit berkenaan. Dengan kata lain, homeopati lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya. Rawatan homeopati pada hari ini adalah sama dengan yang diamalkan pada zaman Hahnemann. Pesakit akan ditemu bual oleh pengamal homeopati dan dibiarkan bercakap. Doktor akan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh , kelakuan dan emosinya dan penawar akan dipilih mengikut keseluruhan simptom .Tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu - satu penawar adalah pilihan yang tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan penawar.





Bila Anda memerlukan Rawatan Homeopati ?Kiss


  • Jika seseuatu penyakit yang dialami oleh anda atau mana-mana ahli keluarga anda yang berlarutan, inilah masanya anda mencuba rawatan homeopati.
  • Jika anda mengalami suatu penyakit yang dianggap misteri tetapi gagal dirawat oleh mana-mana doktor, dah inilah masanya a nda bertukar kepada rawatan homeopati.



MATERIA MEDICA


Materia Medica Homeopati merujuk kepada rekod -rekod tentang kesan - kesan bahan bernilai perubatan yang aktif ke atas orang - orang yang sihat yang secara teknikalnya dikenali sebagai 'uji bukti'. Terdapat juga tumbuh - tumbuhan yang digunakan sebagai materia medica . Antaranya ialah Allium cepa , Cadendula officinalis , Aconitum napellus, Cocculus indicus dan Iris versicolor. Selain tumbuhan, terdapat bahan - bahan semulajadi lain yang digunakan sebagai penawar homeopati. Bahan - bahan tersebut ialah Apis mellifica , Calcaria carbonica , vigatibilis carbo, Sepia dan sulfur.


Allium cepa


Bawang besar jenis merah adalah sumber utama Allium cepa. Ia digunakan sebagai penawar untuk simptom badan sejuk akibat perubahan cuaca (sejuk) dan batuk. Selain itu ia juga digunakan sebagai penawar untuk simptom demam dengan tanda hidung berair, mata berair dan berhingus, bersin yang kuat dan sakit kepala. Ada ketikanya ia berkesan merawat suhu badan yang terlalu tinggi.


Cadendula officinalis


Calendula sangat berguna dalam menghasilkan penawar untuk pertolongan cemas. Krim atau losen daripada Calendula boleh didapati dengan

meluas di kebanyakan farmasi dan tidak memerlukan rujukan pakar homeopati secara khusus. Calendula dihasilkan daripada bunga Marigolds dan banyak ditemui di kawasan pedalaman Eropah Selatan. Keseluruhan pokok ini digunakan untuk membuat penawar masalah berkaitan kulit seperti luka, melecur ,kesan kebakaran kecil dan jangkitan kulat.


Aconitum napellus


Aconite adalah penawar yang disarankan apabila simptom muncul dengan tiba - tiba. terutama akibat terdedah kepada angin sejuk dan kering. Ia juga dijadikan penawar untuk simptom - simptom demam dengan kulit panas dan kering , gelisah serta cemas akibat terperanjat, terkejut dan takut.


Cocculus indicus


Cocculus indicus adalah penawar bagi loya, muntah dan pening. Oleh itu ia sangat sesuai untuk mereka yang mabuk kenderaan darat seperti menaiki kereta atau keretapi , mabuk laut atau pesakit yang berasa hendak muntah apabila bangun dari tidur.


Iris versicolor


Iris versicolor adalah penawar paling berkesan untuk melegakan kesakitan dan kencing tidak lawas, cirit - birit. Kadangkala pesakit yang mengalami masalah di atas juga diserang sakit kepala yang kuat dan gastrik.


Apis mellifica


Apis mellifica dihasilkan daripada madu lebah dan keseluruhan tubuh badan serangga ini termasuklah bisanya sekali. Ia mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah tekanan seperti rasa takut yang tidak terkawal , marah/meradang , cemburu dan tertekan selepas mendapat berita buruk. Simptom ini mungkin akan diikuti dengan perlakuan terburu - buru ( samada secara terang - terangan ataupun tidak)


Calcaria carbonica


Calcaria carbonica adalah antara penawar paling penting dalam perubatan homeopati. Ia dihasilkan daripada sejenis tiram yang banyak ditemui di negara - negara Eropah dan merupakan prekripsi utama untuk menyeimbangkan tahap kalsium atau membetulkan tugas badan yang tidak teratur. Kalsium penting untuk mempertingkatkan keberkesanan fungsi badan dengan bergabung dengan protein membentuk sebatian - sebatian penting. Jika kalsium tidak diserap dengan sebaiknya, terlalu berlebihan atau terlalu berkurangan ia akan menimbulkan masalah lain dalam badan.


Carbo vigatibilis


Penawar ini dihasilkan daripada arang kayu. Dr. Hahnemann menggunakan arang daripada kayu pokok birch tetapi rawatan homeopati moden menggunakan arang daripada pokok bic. Carbo vigatibilis sering digunakan sebagai penawar masalah pembuangan tidak lancar disebabkan oleh angin terutama pada bahagian atas kawasan perut. Dalam sesetengah keadaan ia berkesan sebagai penawar bagi masalah batuk.


Sepia


Sepia diklasifikasikan sebagai penawar untuk wanita dan selalunya digunakan bagi masalah sakit sewaktu datang haid dan masalah oleh menopous. Penawar ini diambil daripada cairan dakwat yang terdapat pada sotong.


Sulfur


Belerang adalah antara bahan utama dalam perawatan homeopati. Ia berkesan untuk membuang toksin dalam badan. Ia boleh digunakan untuk ked ua - dua jenis penyakit; akut mahupun kronik.






CADANGAN PENAWAR HOMEOPATI


Baberapa penawar homeopati disenaraikan di bawah berdasarkan simptom - simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Ia boleh digunakan dalam keadaan sakit akut.Bagaimanapun jika simptom berterusan, rawatan homeopati profesional adalah lebih sesuai. Antara penawar yang ditunjukkan adalah penawar bagi simptom - simptom senggugut ,selesema dan resdung.


MASALAH SENGGUGUT

Petunjuk utama

Penawar homeopati

Sakit yang menghiris. Perlu membongkok. Mengurang dengan tuaman panas atau minuman panas.

Magnesia phosphorica

Ketidakselesaan bahagian perut yang mengejang. Sakit memberat ke bawah. Perlu menyilang kaki. Ingin bersendirian.

Sepia



SELESEMA

Petunjuk utama

Penawar

Datang secara perlahan. Dahaga. Anggota rasa b

erat (rasa kebas dan sukar digerakkan). Mabuk atau pening. Rasa mengantuk.

Gelsemium

Peluh lampau. Tak tahan haba panas. Lidah "berpeta" terdapat lekukan gigi. Rasa logam dalam mulut.

Mercurius



SINUSITIS ( RESDUNG)

Petunjuk utama

Penawar

Mudah berpeluh. Nak cepat. Tak puas hati. Bercanggah. Pemarah dan membuat keganasan. Hidung sentiasa berhinggus. Hinggus pekat berwarna kunung kehijauan serta berbau.

Calcureum

Perubahan gejala mendadak. Mudah menangis. Perlu diteman. Banyak hingus dan berwarna kuning. Diiringi masalah selaput mata (konjuktivities). Ia melarat jika

panas dan akan mengurang apabila sejuk.

Pulsatilla







PANTANG LARANG DALAM RAWATAN HOMEOPATI

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh pengguna apabila mengambil rawatan homeopati bagi mengekalkan keberkesanan penawar. Antara pantang larang itu ialah:


1. Penawar hendaklah dimakan ketika perut kosong dan mulut hendaklah bersih. Jangan makan atau minum dalam masa setengah jam sebelum atau selepas mengambil ubat homeopati.

2. Sewaktu mengambil ubat, sebolehnya jangan terkena jari. Gunakan tudung botol ubat untuk memasukkannya ke dalam mulut.

3. Elakkan daripada minum kopi ,teh , kopi segera dan bahan lain yang menggunakan kafeina. Elakkan juga merokok kerana bahan - bahan ini ( termasuklah nikotin) boleh menghilangkan kuasa penawar ubatan homeopati.

4. Ubat - ubat homeopati sangat sensitif terhadap suhu panas dan bau - bau yang kuat seperti minyak wangi dan rempah. Tutup botol penawar kemas - kemas setelah digunakan.

5. Jauhkan ubat daripada kapur barus dan yang sama jenis dengannya.

6. Elakkan memakan makanan bercuka dan masam.

7. Jauhkan ubatan daripada semua jenis minyak angin. Jika perlu menggunakannya , jarakkan jangka masa penggunaan dengan pengambilan ubat.

8. Elakkan mengambil bahan lain yang mengandungi bahan dadah dalam masa rawatan.

9. Ubat homeopati bekerja lebih berkesan sewaktu perut kosong. Oleh itu ,ambillah ubat 1/2 jam sebelum makan atau minum.

10. Elakkan daripada terdedah pada haba atau cahaya kuat.





Kesimpulannya perubatan homeopati merupakan perubatan tradisional yang semakin popular sehingga kini. Walaupun ia bukanlah suatu bidang profesional namun keberkesanan perubatannya sungguh menakjubkan. Ini kerana perubatan homeopati lebih mengutamakan diri pesakit berbanding penyakit yang dihidapinya. Oleh itu , keadaan mental serta bagaimana hubungan pesakit dengan alam sekeliling paling diutamakan dalam pemilihan penawar.

Keistimewaan Aromaterapi


Aromaterapi pertama kali digunakan secara meluas pada 1928 oleh ahli Kimia Perancis Rene-Maurice Gattefosse. Kemudian ia digunakan untuk rawatan luka para askar semasa Perang Dunia Ke II.

Bagaimana minyak aromaterapi berfungsi ?

Minyak esen terdiri daripada molekul kecil yang mudah larut dalam alkohol, emulsifier dan lemak. Ini membolehkan minyak menembusi kulit dengan mudah dan bertindak balas dengan tisu lemak.Apabila minyak ini dihidu, ia akan memasuki badan melalui berjuta-juta sel sensitif yang terdapat pada ruang pernafasan. Lalu menghantar mesej terus kepada otak dan memberi efek kepada emosi dengan cara bertindak balas pada sistem limbik ( yang menguasai keseluruhan fungsi utama badan ). Jadi, aromaterapi mampu merangsang fizikal & psikologi seseorang secara serentak.

Kuasa Super Aroma

PINE - Sistem Tulang



- Mengurangkan kesakitan tulang
- Baik untuk neuralgia
- Produk pembersih
- menghilangkan bau badan dan antibakteria
- Mengurangkan risiko penyakit : gastroenteritis, rabies, enteric fever, kolera, meningtis, batuk
kokol, tetanus
- Hepatitis B / C
- Menyahtoksik dari badan


JUNIPER - Otot



- Menghilangkan sakit dan bisa otot
- Baik untuk GOUT
- Mengatasi masalah : Selulit, hemorrhoids, obesiti, RHEUMATISM, sakit perut, pelenjar Prostat, buah pinggang, batu karang, arthritis,
- Membantu menenangkan sistem saraf, menghilangkan gemuruh, keletihan mental
- Mengatasi senggugut


HAYSEED - Sendi / Tisu Penghubung



- Mengatasi athritis
- Bagus untuk sakit-sakit sendi


LAVENDER -Sistem saraf



- Memberi kesan ketenangan kepada sistem saraf
- merawat INSOMNIA
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Menghilangkan kesan gigitan serangga
- Meningkatkan kualiti tidur
- Merawat JERAWAT
- mengurangkan migrain & sakit kepala


CAMOMILE - Kulit



- Istimewa untuk menyahtoksik
- Melindungi, merawat dan mencantik kulit kusam & bermasalah
- Merawat alahan kulit
- Memberi kesan membersih secara menyeluruh kepada tubuh
- Membuang kekotoran dan daki-daki pada kulit


EUCALYPTUS - Sistem Pernafasan



- Merawat batuk, selsema dan sakit tekak
- Membantu mengatasi masalah pernafasan
- Antiseptik yang hebat
- Merangsang pembentukan ozone apabila terdedah kepada udara
- Merawat penyakit pada peparu atau bronkitis
- Membantu menghentikan ketagih merokok
- anti -helmintic ( anti cacing )


ROSEMARY - Sistem Peredaran Darah



- Membantu memulihkan perasaan dan semangat
- Meningkatkan sirkulasi darah dan metabolisme
- Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
- Menghilangkan migraine
- Meningkatkan memori
- Baik untuk pesakit Alzheimer, Lou Gehrig's, Gout dan lain-lain.


Minyak aroma di ekstrak daripada bunga-bungaan, daun, dahan, resin atau akar. Bahan-bahan ini diekstrak dan menjadi struktur molekul yang kecil lalu membolehkan ia menembusi kulit dengan efektif berbanding minyak sayuran ( minyak sayuran hanya bertindak pada permukaan atas kulit ).

Hari ini, minyak aromaterapi sudah dikenali menjadi satu cabang perubatan alternatif yang alami yang mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan stress.

Fakta Menarik!

Dianggarkan kira-kira 1 tan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan 9 kg minyak aroma.
Suhu (iklim), tanah, dan altitude boleh memberi efek kepada kesegaran minyak aroma. Contohnya, lavender terkenal dengan aroma yang hebat dan segar, tetapi wine ( anggur merah) boleh berubah kualitinya dari tahun ke tahun.

Petua orang tua-tua

Sebenarnya untuk kelihatan cantik tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal. Kecantikan bukan sahaja khusus untuk wanita malahan kaum Adam juga perlu menitik beratkan soal ini kerana kecantikan juga merupakan sebahagian daripada aspek penjagaan kesihatan diri.Sejak turun temurun banyak petua yang diamalkan oleh generasi terdahulu untuk cantik dan manis dipandang. Segala yang ada di sekeliling kita ada gunanya. Tumbuh-tumbuhan dan bahan asli banyak menafaatnya. Antara beberapa petua yang penting untuk kecantikan ialah:
1. Menghilangkan jerawat
Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu hingga lumat. Tepek pada muka dan biarkan kering dan barulah dicuci dengan air yang bersih.
2. Melebatkan kening
Sapu kedua-dua kening dengan batang pucuk paku yang subur dan masih belum kembang daunnya. Lakukan selama seminggu.
3. Mulut berbau
Ramas beberapa helai daun sirih hingga hancur. Tapi airnya dan dijadikan kumuran setiap pagi dan malam.
4. Badan kurus ingin gempal
Minum segelas air masak tengah malam dan segelas lagi waktu subuh.
5. Menghilangkan bau ketiak
Makan putik limau kasturi pada waktu pagi, tengahari dan malam, amalkan selama 7 hari dan boleh dijadikan amalan harian.

Ingatlah bahawa kecantikan adalah hak milik setiap insan...

Buah delima penawar penyakit

Buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Sunday, March 29, 2009

Khasiat Teratai...


Seperti yang kita semua sedia maklum, teratai bukan sahaja cantik di mata tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.Berikut adalah beberapa cara atau petua untuk merawat masalah-masalah tersebut.
1) Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.
2) Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.
3) Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.
4) Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.
Diharapkan dengan petua tersebut dapatlah dimanfaatkan bersama.

Empat Perkara Dan Cara

Assalamualaikum wbth dan selamat sejahtera...Insyaallah,marilah kite same2 mengambil sedikit sebanyak ilmu pengetahuan atau pun cara hidup yg telah di gariskan oleh Imam As-Syafie dalam konteks kehidupan seharian kita. Semoga kehidupan seharian kita akan lebih berkualiti dan lebih baik dari hari-hari yg sebelumnya.

EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sebaik-baik manusia adalah manusia yg memberi manfaat pada saudaranya yang lain.Semoga Ilmu yg diperolehi dapat kita sama-sama manfaatkan dan sampaikan pada saudara-saudara kita yg lain.
Wallahu'alam.

Wednesday, March 25, 2009

Stress: Punca dan langkah mengatasinya



Definisi 'Stress'

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Robbins, 1993, menerangkannya sebagai:
“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:

  • Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
  • Gangguan fungsi kehidupan
  • Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
  • Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
  • Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
  • Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh

Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.


Tanda-tanda 'Stress'

Tegang dan gementar serta gugup

  • Terlalu runsing – fikiran terganggu
  • Tidak boleh santai
  • Rambut keguguran
  • Sukar tidur
  • Enggan kerjasama
  • Tindakan mengambil dadah
  • Emosi tidak stabil
  • Takut menghadapi masalah
  • Otot mengalami sentakan-sentakan kecil
  • Sistem imun badan lemah
  • Pernafasan kencang
  • Sakit jantung
  • Sakit kepala
  • Perut sebu masalah penghadaman
  • Darah tinggi

Faktor-faktor 'Stress'

  • Faktor interpersonal-
    >Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
    >Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
    >Konflik dengan pihak atasan
  • Faktor diri-
    >Hubungan suami/isteri (dalam keluarga)
    >Sakit/penyakit
    >Keinginan tidak tercapai
    >Dendam dan iri hati
    >Takut kebebasan
    >Rasa bersalah
    >Perpindahan/perubahan mengejut
  • Faktor organisasi-
> Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
> Beban kerja berterusan (kronik)
> Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
> Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
> Mengalami kebosanan di tempat kerja
> Merasakan idea sendiri yang betul
> Selalu salahkan orang lain

  • Faktor kekurangan sumber-
> Peraturan dan polisi
> Material
> Kewangan
> Manusia

  • Faktor luaran-
> Bunyi bising
> Alam pekerjaan
> Suhu
> Persekitaran

Strategi Menangani 'Stress'

*Muhasabah diri

  • - lihat keupayaan diri – visi nasional Wawasan 2020 (ke 2)
  • - kekuatan dan kelemahan
  • - mengkaji bentuk kemahiran yang diperlukan

*Kemahiran pengurusan kendiri

  • - perancangan sistematik
  • - pengurusan masa
  • - kaji kegiatan
  • - kaji keseimbangan dalam hidup

*Pengurusan emosi

  • - fahami situasi
  • - kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan
  • - keupayaan mengawal emosi
  • - pelepasan emosi secara sihat

*Kemahiran penyelesaian masalah

  • - kenal pasti masalah
  • - cari maklumat
  • - analisis maklumat
  • - cari alternatif
  • - nilai alternatif
  • - buat tindakan
  • - nilai

*Jaga kesihatan fizikal

  • - amalkan permakanan seimbang
  • - cuba hentikan merokok
  • - kawal berat badan
  • - latihan jasmani
  • - masa rehat
  • - kurangkan beban kerja

*Aktiviti/hobi

  • - membuat sesuatu yang menyibukkan diri, tetapi tidak menyusahkan orang lain
  • - melakukan aktiviti yang menyeronokkan
  • - ambil cuti dan melancong
  • - kerap bersama-sama keluarg di hujung minggu
  • - bermain muzik / menyanyi / karaoke
  • - melukis
  • - menulis lirik lagu
  • - memancing
  • - berkayak
  • - lain-lain

Pengendalian 'Stress' Yang Berpunca Dari Kerja dan Tugas

  • Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri
  • Aturkan pengurusan masa
  • Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
  • Pergaulan bersama rakan sekerja
  • Belajar kemahiran atau perkara yang baru
  • Hadapi masalah kerja secara terus
  • Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
  • Membantu orang lain
  • Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
  • Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita

Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian

Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.

  • - sembahayang
  • - zikir
  • - munajat
  • - meditasi
  • - berguru
  • - berbincang dengan rakan

Proses Meditasi

  • Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
  • Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
  • Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
  • Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
  • Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

Munajat

  • Bernafas perlahan-lahan
  • Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
  • Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
  • Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal

Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:

  • Diet
  • Urut
  • Mandi air suam/berendam kolam air panas
  • Menangis
  • Bermain
  • Menjerit

Soal Jawab : Masalah Bau badan

Bau Badan

Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?
  • Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau
  • Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari

bau badan

Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan

Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi

Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?
Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:

bath
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

Soal Jawab : Masalah Jerawat

Apa itu akne?
Akne juga dikenali sebagai jerawat.

Bagaimana akne terjadi?

Akne terjadi apabila:
* Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada
bahan kosmetik atau tar
* Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous
gland). Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang
* Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria
Propionebacterium acne)


Adakah akne disebabkan oleh beberapa makanan tertentu?

Ini merupakan satu mitos.Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan disebabkan oleh resdung.

Apakah rupa akne?

Terdapat beberapa jenis akne iaitu :

* Bintik putih atau bintik hitam (comedones)
* Bonjol merah yang bernanah atau tidak
* Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang mungkin mengakibatkan
parut jerawat

Apakah yang menyebabkan akne semakin teruk?

Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:

* Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid
* Alat solek yang berasaskan minyak
* Gel rambut
* Memicit jerawat
* Tekanan hidup
* Mengandung
* Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium

Siapa yang boleh mendapat akne?

Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

* Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki
* Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50
tahun
* Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga
boleh mendapatnya.

Apa yang boleh saya lakukan apabila mendapat akne?

Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:

* Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
* 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine

Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan?

Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).
Untuk akne yang sederhana.

* Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan
* Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan
tetapi bukan untuk remaja lelaki

Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):

* Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran.
Remaja perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan
sehingga sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut
* Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain

Adakah akne boleh meninggalkan parut?

Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment) yang akan hilang. Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).

Bolehkan parut akne dirawat?

Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:

* Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik
digunakan untuk menggelupaskan permukaan kulit
* Teknik laser resurfacing
* Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik
gelatin
* Pembedahan pembetulan (Surgical repair)
* Penggunaan kosmetik bagi menutup parut

Bolehkah saya mencegah akne?

Ya, boleh. Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:

* Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka
yang lembut
* Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik
yang non-comedogenis
* Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit
anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
* Lebihkan minum air kosong
* Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit
* Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi

Thursday, March 19, 2009

Acupuncture

Acupuncture is a technique of inserting and manipulating fine filiform needles into specific points on the body to relieve pain or for therapeutic purposes. The word acupuncture comes from the Latin acus, "needle", and pungere, "to prick". In Standard Mandarin, 針砭 (zhēn biān) (a related word, 針灸 (zhēn jiǔ), refers to acupuncture together with moxibustion).

According to traditional Chinese medical theory, acupuncture points are situated on meridians along which qi, the vital energy, flows. There is no known anatomical or histological basis for the existence of acupuncture points or meridians. Modern acupuncture texts present them as ideas that are useful in clinical practice. According to the NIH consensus statement on acupuncture, these traditional Chinese medical concepts "are difficult to reconcile with contemporary biomedical information but continue to play an important role in the evaluation of patients and the formulation of treatment in acupuncture."

Acupuncture originated in China and is most commonly associated with traditional Chinese medicine (TCM).Different types of acupuncture (Classical Chinese, Japanese, Tibetan, Vietnamese and Korean acupuncture) are practiced and taught throughout the world.

There is no scientific or medical evidence that acupuncture has any efficacy beyond a placebo effect.The WHO, the National Center for Complementary and Alternative Medicine (NCCAM) of the National Institutes of Health (NIH), the American Medical Association (AMA) and various government reports have studied and commented on the efficacy of acupuncture. There is general agreement that acupuncture is safe when administered by well-trained practitioners using sterile needles, and that further research is appropriate.

Clinical practice

Acupuncture needleMost modern acupuncturists use disposable stainless steel needles of fine diameter (0.007" to 0.020", 0.18 mm to 0.51 mm), sterilized with ethylene oxide or by autoclave. These needles are far smaller in diameter (and therefore less painful) than hypodermic injection needles since they do not have to be hollow for purposes of injection. The upper third of these needles is wound with a thicker wire (typically bronze), or covered in plastic, to stiffen the needle and provide a handle for the acupuncturist to grasp while inserting. The size and type of needle used, and the depth of insertion, depend on the acupuncture style being practised.

Warming an acupuncture point, typically by moxibustion (the burning of a combination of herbs, primarily mugwort), is a different treatment than acupuncture itself and is often, but not exclusively, used as a supplemental treatment. The Chinese term zhēn jǐu (針灸), commonly used to refer to acupuncture, comes from zhen meaning "needle", and jiu meaning "moxibustion". Moxibustion is used to varying degrees among current schools of oriental medicine. For example, one well-known technique is to insert the needle at the desired acupuncture point, attach dried moxa to the external end of an acupuncture needle, and then ignite it. The moxa will then smolder for several minutes (depending on the amount adhered to the needle) and conduct heat through the needle to the tissue surrounding the needle in the patient's body. Another common technique is to hold a large glowing stick of moxa over the needles. Moxa is also sometimes burned at the skin surface, usually by applying an ointment to the skin to protect from burns, though burning of the skin is general practice in China.

Sunday, March 15, 2009

WHAT IS LUNG CANCER....





What is lung cancer?

Lung cancer starts when abnormal cells grow out of control in the lung. They can invade nearby tissues and form tumors. Lung cancer can start anywhere in the lungs and affect any part of the respirotory system. The cancer cells can spread, or metastasize, to the lymph nodes and other parts of the body.

What causes lung cancer


Most lung cancer is caused by smoking. Secondhand smoke also can cause lung cancer. Lung cancer is the leading cause of cancer deaths.
Being exposed to arsenic, asbestos, radioactive dust, or radon can increase your chances of getting lung cancer. People who are exposed to radiation at work or elsewhere have a higher chance of getting lung cancer.


What are the symptoms?


Early lung cancer doesn't usually cause any symptoms. This is why it's not usually found early.
In its advanced stage, cancer may affect how your lungs work. The first signs of lung cancer may include:
=) Coughing.
=) Wheezing.
=) Feeling short of breath.
=) Having blood in any mucus that you cough up.


If you have these symptoms and are worried about lung cancer, call your doctor.
Lung cancer may spread to the chest and then to other parts of the body. For example, if it spreads to the spine or bones, it may cause pain in the back or other bones or weakness in the arms or legs. If it spreads to the brain, it may cause seizures, headaches, or vision changes.


How is lung cancer diagnosed?


Your doctor will check your symptoms and ask questions about whether you smoke or have been exposed to another person's smoke or to any cancer-causing substances. He or she will also ask about your medical history, including any history of cancer in your family. This information will help your doctor decide how likely it is that you have lung cancer and whether you need tests to be sure.
Lung cancer is usually first found on a chest X-ray or a CT scan. More tests are done to find out what kind of cancer cells you have and whether they have spread beyond your lung. These tests help determine what stage the cancer is in. The stage is a rating to measure how big the cancer is and how far it has spread.


How is it treated?


Treatment for lung cancer includes surgery, anti-cancer medicines (chemotherapy), radiation, or a mix of all three. It depends on what type of cancer you have and how much it has spread.
Few lung cancers are found in the early stages when treatment is most effective.
It can be very scary to learn that you may have lung cancer. Talking with your doctor or joining a support group may help you deal with your feelings. It can help if you have lots of support from family and friends. Staying as active as possible will also help.
Less than half of people who get lung cancer live 1 more year after the cancer is found. And only about 15 out of every 100 people with lung cancer live for 5 or more years.It’s important to remember that everyone’s case is different and that these numbers may not show what will happen in your case.


Can you prevent lung cancer?


Lung cancer is one of the easiest cancers to prevent, because most lung cancer is caused by smoking. So it is important to stop smoking—or to stop being around someone else’s smoke.
Even if you have smoked a long time, quitting can lower your chances of getting cancer. If you already have lung cancer, quitting makes your treatment work better and can help you live longer.


Kepentingan tidur yang berkualiti

Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur mendalam berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen. Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan menakjubkan : ia membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi.. Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur berkualiti baik yang diinginkan.

Pertumbuhan Sihat

Pertumbuhan fizikal juga berlaku semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur mendalam berkualiti baikberlaku dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa.

Memperbaiki memori

Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi, otak menguruskan maklumat yang tersimpan. Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan memori.

Meningkatkan Kesejahteraan Emosi

Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi berlaku, ia menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran



Keperluan tidur seseorang berbeza-beza mengikut usia. Ia tidak hanya sekadar berbaring sambil melelapkan mata, sebaliknya tidur amat bermanfaat dalam kesihatan tubuh seseorang, tidur yang berkualiti besar feadahnya untuk penampilan lebih segar, cantik dan berseri.

Antara tips-tips tidur yang bagus adalah:

1) Pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari. Cara begini akan mendisplinkan “jam tubuh” anda.

2) Pastikan bilik tidur anda cukup tenang dan gelap untuk mengoptimumkan fungsi hormon melatonin (hormon yang membantu untuk tidur).

3) Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan terlalu sejuk kerana ini akan mengganggu tidur anda.

4) Gunakan bantal yang nyaman, lembut, tidak terlalu keras dan tidak terlalu nipis. Pastikan juga sarung bantal dibersihkan selalu agar tidak menimbulkan masalah kulit seperti jerawat.

5) Bersenam dengan teratur pada waktu pagi atau petang terbukti dapat memperbaiki kualiti tidur seseorang.


6) Buat rutin sebelum tidur seperti latihan menenangkan fikiran, urutan, mandi air suam atau rawatan tubuh.


7) Hindari bersenam menjelang waktu tidur kerana ia meningkatkan suhu badan sekali gus menyukarkan anda melelapkan mata.

8) Jangan melalukan aktiviti yang memerlukan anda memerah otak seperti membuat kerja dengan komputer riba, menonton tv dan sebagainya.

9) Pastikan juga perut anda tidak lapar atau terlalu kenyang. Selain itu, jangan mengambil makanan yang mengandungi kafien seperti kopi, teh yang boleh menghilangkan rasa mengantuk.

10) Pastikan anda mendapat nasihat dari pakar atau doktor sebelum mengambil ubat tidur.
Selain itu, cipta rutin sebelum tidur yang lebih menyenangkan.


11) Pastikan mata terpejam rapat dengan masker mata yang lembut

12) Sediakan alat tekup telinga untuk mengatasi masalah bunyi bising yang boleh menggangu tidur anda.

13) Tidur akan lebih nyaman jika anda menyembur keharuman bunga lavender pada tubuh, ruang tidur dan juga baju tidur.

14) Selepas mandi, sapukan losen tubuh yang mengandungi ekstrak lavender dan chamomile yang memberi kesegaran, selain membantu mengatasi stress.


15) Tambahkan titisan minyak pati ketika anda merendam kaki dengan menggunakan garam dan air suam untuk membuat anda relaks dan tenang.